INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Info:
- Kampung Kuala Kejir merupakan salah sebuah kampung yang kian membangun pada ketika ini hasil daripada inisiatif kerajaan yang sering memberi bantuan dalam pelbagai aspek.
- Terdapat 140 buah rumah yang telah dibina di kampung ini yang didiami oleh penduduk yang majoritinya beragama Islam dan berkuturunan Melayu.
- Jumlah bilangan penduduk di kampung ini adalah seramai 1037 orang yang terbahagi kepada 468 orang lelaki dan 569 orang perempuan. - Tambahan pula, terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan di kawasan ini antaranya masjid, surau, balairaya, hentian bas, gelanggang permainan, tapak perkuburan dan sebagainya. Perkhidmatan perniagaan seperti kedai runcit, bengkel dan kedai makan juga turut disediakan kepada penduduk.

DAERAHTANGGUL
DUNKUALA BERANG
MUKIMTANGGUL
PARLIMENHULU TERENGGANU
NEGERITERENGGANU

Info Penduduk:
1037 orang penduduk

Populasi Penduduk:
Majoriti beragama Islam dan Berkuturunan Melayu

Purata Umur Penduduk:
1). Warga Emas – 13%
2). Dewasa / Belia – 47%
3). Kanak-kanak - 40%

Purata Pekerjaan:
1). Pesara
2). Bekerja Sendiri
3). Sektor Kerajaan
4). Sektor Swasta
5). NGO

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Gelanggang Futsal

Gelanggang Sepak Takraw

Padang Bola

Sungai Kuala Kejir


Kemudahan Awam

Lokasi-Lokasi

Jambatan Kuala Kejir
Lot Bangunan Kedai
Pembinaan Masjid Baru
Pendidikan

Lokasi-Lokasi

Tadika Kemas
Kisah Kejayaan
Nama : Farah Nur Alisah Bt. Mohammad Zaham
Alamat : Taman Permint Permata, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
No. Telefon : 0166676456
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2017

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Pn. Farah merupakan suri rumah dan ibu kepada sepasang cahaya mata. Beliau mula bergiat aktif dalam peniagaan selepas beliau menamatkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda di UITM, Shah Alam. Beliau mula berminat dalam perniagaan atas dorongan keluarga dan rakan-rakan.
Pendapatan beliau sekitar RM1000 hingga RM1500 sahaja sebulan. Sebelum terlibat dengan PI1M beliau hanya menjual barangannya secara kecil-kecilan kepada rakan-rakan yang terdekat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kemudahan yang ada di Pusat Internet Kuala Kejir beliau kini telah mahir dalam mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500-RM2500 sebulan.




Nama : Che Wan Haziq Bin Che Wan Kamarazaman
Alamat : Kampung Kuala Kejir, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2017

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Adik Haziq merupakan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Tanggol. Beliau amat aktif dalam bidang sukan, ko-kurikulum dan juga salah seorang pelajar cemerlang sekolah tersebut. Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet beliau tidak mahir menggunakan peralatan ICT dengan betul dan kurang pengetahuan mengenai ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Selepas melibatkan diri dengan PI, ia banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT dengan mengikuti kelas ICT yang dijalankan oleh PI. Kini beliau lebih berkeyakinan dan bersemangat dalam mengikuti kelas yang disediakan oleh PI. Pada peringkat umur beliau sekarang, beliau telah menyertai bengkel 3D printer dan kelas asas ICT yang telah diadakan di Pusat Internet baru-baru ini. Apa yang di pelajari di PI beliau dapatkan terapkan di sekolah beliau.

Keusahawanan
Nama : Mohd Fauzan Bin Mansor
Alamat : Kampung Tanggol, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu,Terengganu
No. Telefon : 0182618447
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2017

En. Fauzan merupakan usahawan ternakan landak dan juga ikan air tawar. Pada mulanya beliau hanya menternak kecil-kecilan sebelum memasarkan hasil jualan beliau kepada rakan-rakan terdekat. Perniagaan beliau kini semakin maju dan mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan-pelanggan beliau. Bagi ternakan landak, beliau kini telah memelihara sebanyak 70 ekor dan ingin meneruskan lagi sehingga 200 ekor.
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000-2500 sahaja sebulan. Sebelum mendekatkan diri dengan Pusat Internet beliau hanya mempromosikan perniagaan beliau kepada rakan-rakan terdekat beliau sahaja.