Mengenai PI1M
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI1M
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pada mulanya Kampung Kuala Kejir berasal dari nama seorang penduduk yang sudah berusia yang bernama Tok Kejir. Pada ketika itu, beliau mula menerokai tanah di kampung Kuala Kejir dan beliau tinggal berhampiran kuala anak sungai yang kini dipanggil sungai kejir.
Banyak pokok durian yang telah ditanam di atas tanah perkuburan dan sekarang telah ditinggalkannya. Buah durian tersebut telah diwakafkan untuk penduduk kampung Kuala Kejir dan juga Kampung Tok Bintang yang merupakan jiran kepada kampung tersebut.
Kuala Kejir terletak di dalam mukim Tanggul dan Dun Kuala Berang. Manakala jarak antara kampung ini dari bandar Kuala Berang hanya 8km sahaja dan 26km dari pusat bandar Kuala Terengganu.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018MALAM SEJATI MELAYU BERSAMA DENDANG ANAK
Aktiviti Terkini | 16 Mac 2018
Program bersama komuniti yang mellibatkan aktiviti dan seni persembahan kebudayaan. Kumpulan Dendang Anak mempersembahkan seni budaya “Tradisional Masyarakat Melayu” yang terletak di perkampungan Jenagor Kuala Berang. Kluster Hulu Terengganu turut diundang untuk menjalakan rakaman video persembahan Dendang Anak....baca selanjutnya
BENGKEL FOTOGRAFI .MYNIC
Aktiviti Terkini | 10 & 24 Februari 2018MYNIC dan Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) melancarkan platform komersial pertama karya seni foto tempatan dalam talian, KREATIFMARKET bagi membantu komuniti fotografi Malaysia menjana pendapatan pasif. Tujuan bengkel ini adalah untuk memperkemaskan bakat belia sedia ada sebagai penyumbang kepada karya fotografi selain membantu mereka menjana pendapatan menerusi platform berkenaan. Peserta diajar asas teknik fotografi yang betul bagi menghasilkan gambar yang berkualiti dan mempunyai nilai komersial....baca selanjutnya
MINI KARNIVAL USAHAWAN DESA PI1M HULU TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018Seramai 32 usahawan mengikuti program ini, program yang dijalankan adalah membuka booth jualan oleh usahawan PI1M Daerah Hulu Terengganu, selain itu juga terdapat program prtandingan mewarna kanak-kanak dan juga fashion show oleh bridal tempatan....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya