Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada mulanya Kampung Kuala Kejir berasal dari nama seorang penduduk yang sudah berusia yang bernama Tok Kejir. Pada ketika itu, beliau mula menerokai tanah di kampung Kuala Kejir dan beliau tinggal berhampiran kuala anak sungai yang kini dipanggil sungai kejir.

Banyak pokok durian yang telah ditanam di atas tanah perkuburan dan sekarang telah ditinggalkannya. Buah durian tersebut telah diwakafkan untuk penduduk kampung Kuala Kejir dan juga Kampung Tok Bintang yang merupakan jiran kepada kampung tersebut.

Kuala Kejir terletak di dalam mukim Tanggul dan Dun Kuala Berang. Manakala jarak antara kampung ini dari bandar Kuala Berang hanya 8km sahaja dan 26km dari pusat bandar Kuala Terengganu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018


PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2018

Program ini dijalankan bagi mempromosikan Telefon VIVO Y53 yg merupakan pakej paling terendah dengan percuma simpak dan 3 bulan internet percuma. Dalam masa yang sama juga kami mengadakan program (KDB) Klik Dengan Bijak dimana pertandingan mewarna online dan Kahoot dijalankan di Pusat internet untuk memberi kepakaran dan kreativiti anak2 dalam menjawab dan mewarna gambar. Aktiviti lain juga seperti Musang berjanggut dan Usahawan cantik bersama Mary Kay jugak dijalankan. Penglibatan dari Agensi Kerajaan seperti Klinik Kesihatan Gigi dan Agensi Anti Dadah juga memeriahkan lagi acara yang diadakan....baca selanjutnya

PROGRAM MEWARNA SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA BERSAMA TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 13 September 2018

Aktiviti mewarna merupakan satu aktiviti yang diminati dan digemari kanak-kanak terutamanya kanak-kanak prasekolah. Bagi merialisasikan aktiviti ini, pihak Pusat Internet Kuala Kejir telah mengadakan satu program mewarna sempena Hari Malaysia bersama Tabika KEMAS Kuala Kejir. Program ini dapat mengukuhkan bakat seni dan menyemai semangat cinta akan negara dalam diri para peserta. Seramai 17 orang pelajar telah terlibat dalam program ini termasuk 3 orang guru pengiring. Selain aktiviti mewarna, program ini turut diselitkan dengan slot Klik Dengan Bijak (KDB) dan mewarna secara atas talian (coloring online). Program seperti ini dapat memberi kepelbagaian dan keseronokan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Hadiah turut disediakan bagi tempat pertama, kedua dan ketiga. Program berakhir dengan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak Pusat Internet....baca selanjutnya

SEMINAR KEPENTINGAN KAWALAN KENDIRI DALAM KEBEBASAN MEDIA

Aktiviti Terkini | 07 Ogos 2018

Program ini adalah anjuran Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF) kerjasama dengan pihak MCMC dan juga PDRM. Seminar ini telah diadakan di TH Hotel, Kuala Terengganu bertujuan untuk memberi pendedehan tentang kepentingan kawalan kendiri dalam kebebasan media. Peserta didedahkan dengan jenayah siber yang kerap berlaku pada zaman sekarang seperti kes pembulian siber, penyebaran maklumat palsu, kandungan lucah dan sebagainya. Di sini juga peserta diajar cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Peserta yang terlibat terdiri daripada agensi kerajaan dan juga swasta. Penerangan mengenai portal SEBENARNYA.MY turut di selitkan dalam seminar ini bagi memastikan setiap berita atau maklumat yang diterima adalah benar dan tepat....baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWANAN (TUPPERWARE) SESI II

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2018

Program ini adalah kerjasama Pusat Internet Kuala Kejir dengan Tupperware Brands bagi mengadakan bengkel usahawan kepada usahawan sekitar Kuala Kejir. Bengkel ini banyak membantu usahawan dalam meningkatkan kepakaran mereka dalam mempromosikan produk mereka. Mereka juga diajar tentang teknik-teknik menjalankan perniagaan mereka secara atas talian. Bengkel ini diadakan selama 4 jam dan diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan makan kecil-kecilan yang disediakan oleh pihak Pusat Internet....baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWANAN (TUPPERWARE) SESI I

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Program ini adalah kerjasama Pusat Internet Hulu Terengganu dengan Tupperware bagi mengadakan bengkel usahawan kepada usahawan sekitar Hulu Terengganu. Bengkel ini banyak membantu usahawan dalam meningkatkan kepakaran mereka dalam mempromosikan produk mereka. Mereka juga diajar tentang teknik-teknik menjalankan perniagaan mereka secara atas talian. Bengkel ini diadakan selama 4 jam dan diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan makan kecil-kecilan yang disediakan oleh pihak Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM PENGAGIHAN SIMPACK MYAGRO

Aktiviti Terkini | 02 Mei 2018

Program ini adalah kerjasama pihak Digi yang diadakan bagi membantu pekebun kecil atau peneroka dalam aspek komunikasi. Selain itu, ia juga dapat memperluaskan rangkaian Digi kepada masyarakat sekitar. Program ini berlangsung dalam masa sehari di mana pekebun kecil atau peneroka perlu menerima simpack tersebut di Pusat Internet yang terpilih. Setiap pekebun kecil yang berdaftar dapat melanggani pakej internet secara percuma selama setahun....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & PROGRAM USAHAWAN DI PEKAN BUDAYA PANTAI RHU 10, SETIU

Aktiviti Terkini | 18 - 25 April 2018

Satu program advokasi telah dijalankan di Pekan Budaya Daerah Setiu dengan kerjasama antara PI1M Kg. Banggol dan PI1M Kg. Fikri bertempat di Tapak Karnival Rhu 10 bersempena dengan Pekan Budaya daerah Setiu yang berlangsung selama 4 hari iaitu bermula pada 18 sehingga 21 April 2018. Mendapat jemputan daripada Pejabat Pertanian, program advokasi telah berjaya dilaksanakan dan mencapai sasaran iaitu seramai 400 penyertaan daripada pengunjung. Sepanjang program, sambutan amat menggalakkan. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah penerangan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) dan program usahawan, kuiz KDB, kuiz usahawan, ‘puzzle games’ dan teka jumlah gula-gula....baca selanjutnya

JELAJAH SEBENARNYA.MY - FORUM BICARA PERDANA BERITA PALSU MUSUH NEGARA

Aktiviti Terkini | 13 April 2018

Ceramah agama berkaitan dengan tujuan mendidik masyarakat tentang kepentingan dalam memilih berita, dan mengesahkan kandungan maklumat sebelum berkongsi. Fokus adalah kepada aktiviti Forum Bicara Perdana dengan topik “Berita Palsu Musuh Negara” yang akanmembariskan penceramah-penceramah selebriti tersohor seperti Sohibus Somahah Ustadz Dato’ Dr Mohd Izhar serta Ustadz Zakaria Othman yang akan berganding bahu mengupas lanjut topik tersebut. Forum akan turut diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang kita sanjungidan sayangi merangkap Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, iaitu Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Jailani bin Johari, yang akan turut menyampaikan amanat beliau....baca selanjutnya

MALAM SEJATI MELAYU BERSAMA DENDANG ANAK

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2018

Program bersama komuniti yang mellibatkan aktiviti dan seni persembahan kebudayaan. Kumpulan Dendang Anak mempersembahkan seni budaya “Tradisional Masyarakat Melayu” yang terletak di perkampungan Jenagor Kuala Berang. Kluster Hulu Terengganu turut diundang untuk menjalakan rakaman video persembahan Dendang Anak....baca selanjutnya

BENGKEL FOTOGRAFI .MYNIC

Aktiviti Terkini | 10 & 24 Februari 2018

MYNIC dan Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) melancarkan platform komersial pertama karya seni foto tempatan dalam talian, KREATIFMARKET bagi membantu komuniti fotografi Malaysia menjana pendapatan pasif. Tujuan bengkel ini adalah untuk memperkemaskan bakat belia sedia ada sebagai penyumbang kepada karya fotografi selain membantu mereka menjana pendapatan menerusi platform berkenaan. Peserta diajar asas teknik fotografi yang betul bagi menghasilkan gambar yang berkualiti dan mempunyai nilai komersial....baca selanjutnya

MINI KARNIVAL USAHAWAN DESA PI1M HULU TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Seramai 32 usahawan mengikuti program ini, program yang dijalankan adalah membuka booth jualan oleh usahawan PI1M Daerah Hulu Terengganu, selain itu juga terdapat program prtandingan mewarna kanak-kanak dan juga fashion show oleh bridal tempatan....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti